Masa : 9:30 AM
Tempat : Port Klang
Selepas bbq, aku tido kat umah ijan, gelak2 sebelum tido kemudian tido. Keesokan harinye(8/8/09)aku bangun dalam kul 9, dan berkemas untuk balik ke port klang kerana ada urusan berkenaan migrasi air. Dalam perjalanan balik dari banting, aku terlalu bergegas nk balik dan aku bawa keta dalam keadaan yang merbahaya dan laju. sampai di kawasan jenjarom, tayar lori hantu meletop depan aku. keadaan masa tu membuatkan aku terkejut dan pandangan aku masa 2 terhalang dengan debu2 yang naik sebab tayar lori pecah, itu merupakan satu amaran pada aku tanpa aku sedari, dan aku teruskan perjalanan seperti biasa.
Kemudian, sampai saja aku kat kawasan port klang, makin laju aku bawa keta dan terlalu dekat dengan kenderaan depan aku. masa tu keadaan jalan sesak dengan kenderaan yang besar macam lori, aku mula naik jambatan port klang yang panjangnye melebihi 2 kilometer. aku follow je belakang kite Hilux yang besar macam Storm tu, lepas je simpang turun ke taman kem, aku dikejutkan dengan dentuman yang kuat dan pandangan aku menjadi kabur, aku rasa terkedu dan terkejut kerana percikan cermin depan keta terkena muka aku sebelah kiri dan bertaburan penuh dalam keta aku.. 3 cermin keta aku pecah dengan dentuman yang kuat tadi, darah aku terasa naik sampai kepala aku, aku target keta depan aku je.. sepanjang aku mengejar keta hilux tu, aku hon sepanjang jalan, walaupun pandangan mata aku terhalang dengan cermin yang retak seribu, aku teruskan mengejar keta didepan aku, Aku dapat menghalang keta depan aku dan menahan pemandu keta tersebut. aku xdapat membuat apa2 walaupun aku cuba nk marah, aku xsanggup nk marah perempuan gila yang bawak keta hilux tu.. aku xdapat apa2 bayaran atas kemalangan yang menimpa aku tadi, dan terpaksa akur dengan apa yang tuhan sediakan untuk aku hari nie.. aku terpaksa terima dengan hati yang redha dengan apa yang terjadi pada aku.. di bawah ni ada aku uploadkan gambar keadaan keta aku.. Layan.....
CerMin DePan Keta aku.. Aku xdapat bayangkan kalau dia pecah depan muka aku
Cermin sisi sebelah kiri aku..
Cermin belakang sebelah kiri aku..
Keadaan dalam keta aku yang penuh dengan kaca
Cermin depan aku yang retak berjuta ni..
Cuba korang bayangkan, benda apa yang boleh buat keta aku sampai terkopak macam ni.. kalau la benda ni yang kena kat aku, mungkin korang sedekah fatihah dari jauh je kat aku ni. aku xpasti benda apa yang hentam keta aku ni.. kemungkinan besar yang aku dapat simpulkan adalah, besi yang tajam sepanjang setengah meter yang pukul keta aku 4 kali.. cermin depan,kiri sisi,kiri belakang dan tulang tepi bersebelahan cermin belakang aku yang koyak mcm 2 skali, tinggal seinci je lagi cermin belakang aku nk jadi mangsa rakus besi tersebut.koyak rabak duit aku ganti,
Cermin Depan : RM 115
Cermin Sisi Kiri : RM 70
Cermin Sisi Belakang : RM 40
Gam Cermin : RM 28
Getah Cermin Depan : 34
Upah Pasang :150
Itu Blom tinted lagi tu, kesian aku... xkahwin aku macam ni kalau hari2 kena mcam ni.. bahaya gila kalau sesapa g port klang, banyak raksasa besar lalu kat situ.. nasihat aku, jangan ikut kenderaan terlalu rapat dan elakkan dari jumpa ngan Raksasa yang bernama Lori hantu.. anda tidak dapat agak apa yang akan terjadi.. aku da serik ni... sekian sahaja coretan aku setakat ni.. cauuuuuu....